Friday, March 26, 2010

MENGUNDI LAGI !!!!!

P'raya kecil Hulu S'gor, SPR mesyuarat 2 April
Mar 26, 10 7:07pm
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Jumaat depan untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini. Pilihan raya kecil itu berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR malam tadi akibat barah otak. Abdul Aziz berkata mesyuarat itu diadakan di Ibu pejabat SPR di sini pada ukul 10 pagi."Notis mengenai kekosongan kerusi Parlimen Hulu Selangor akan diterima Isnin ini," katanya.Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor menewaskan calon BN Datuk G.Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.Allahyarham menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi. -


Nampaknya org Hulu Selangor nak kena buat pilihan sekali lagi.....jangan tersalah pilih lagi...kita dah bagi peluang sekali kat PKR...maka pengundi2 buatlah yg terbaik... renung-renungkanlah............

No comments:

Post a Comment