P'raya kecil Hulu S'gor, SPR mesyuarat 2 April
Mar 26, 10 7:07pm
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Jumaat depan untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini. Pilihan raya kecil itu berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR malam tadi akibat barah otak. Abdul Aziz berkata mesyuarat itu diadakan di Ibu pejabat SPR di sini pada ukul 10 pagi."Notis mengenai kekosongan kerusi Parlimen Hulu Selangor akan diterima Isnin ini," katanya.Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor menewaskan calon BN Datuk G.Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.Allahyarham menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi. -
Nampaknya org Hulu Selangor nak kena buat pilihan sekali lagi.....jangan tersalah pilih lagi...kita dah bagi peluang sekali kat PKR...maka pengundi2 buatlah yg terbaik... renung-renungkanlah............
Friday, March 26, 2010
NAK PINDA RUKUN NEGARA ????
KUANTAN, 26 Mac: Gesaan Presiden PAS agar Rukun Negara dipinda bagi menyelaraskan dengan kehendakmassa dengan menukarkan Kepercayaan Kepada Tuhan kepada Kepercayaan Kepada Allah sangat-sangat dialukan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
"PAS berpendapat bahawa penggunaan kalimah Allah lebih tepat bagi menggambarkan Tuhan yang sebenar; berbanding istilah Tuhan yang dapat diterjemahkan dengan pelbagai bentuk dan rupa. Keadaan ini tentunya bertentangan dengan konsep ketuhanan yang sebenar," kata beliau dalam blognya.
Menurut beliau, Allah sebagai Tuhan yang selayaknya disembah dan diimani sebagai Tuhan yang sebenar bukanlah satu istilah yang sensitif bagi golongan bukan Islam, kerana selama bertahun-tahun mereka juga menggunakan kalimah Allah dalam menyanyikan lagu-lagu rasmi kebanyakan negeri.
Bahkan para pelajar khususnya menyanyikan lagu-lagu negeri ini dengan menggunakan istilah Allah, tanpa menimbulkan sebarang polimik, kerana itulah hakikat ketuhanan sebenar.
Bahkan dalam kehidupan seharian istilah Allah digunakan oleh kalangan bukan Islam terutama dalam aspek penciptaan, kejadian, kehidupan dan kematian, katanya.
"Gesaan Presiden PAS dilihat satu usaha bagi meletakkan Allah sebagai Tuhan yang dipercayai dan disembah, agar rakyat negara ini lebih merasai keperluan mempercayai Allah dalam kehidupan mereka.
"Hal ini dilihat dengan hanya menyebut kepercayaan kepada Tuhan lebih umum dan ianya dilihat tidak mendatangkan keperluan kita mengimanisebagai tumpuan utama dalam setiap aspek kehidupan," kata beliau.
Akibatnya, kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, ramai dari anggota masyarakat tidak mengikuti arahan dan perintah Allah dalam kehidupan mereka.
"Meningkatnya gejala sosial, rasuah, penyelewengan, ketidakadilan sosial, dan lainnya adalah menifestasi tiadanya penghayatan kepada konsep ketuhanan yang diimani.
"Kini sampailah masa seluruh anggota masyarakat melihat isu ini dengan lebih terbuka, ilmiah dan rasional bagi membina satu masyarakat yang menjadikan Allah sebagai asas kepercayaan," katanya.
Diharap dengan membuat pindaan ini juga, sebarang polimik yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu akan berjaya diatasi, tambah beliau.
SATU DEMI SATU HAK MELAYU /ISLAM DI PROVOKASI. TIDAKKAH INI MENUNJUKKAN MEREKA INI RASIS.... PAS.... OH PAS LAMA-LAMA MAKIN JADI HAMPAS..... SERONOK LER PUAK2 YANG NAK MENGHANCURKAN MELAYU & ISLAM.....

Thursday, March 25, 2010
Alfatihah......
AL-FATIHAH...Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia jam 9.27 malam ini setelah sekian lama mengidap sakit barah otak.Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor semasa zaman dalam BN dulu meninggal dunia di kediamannya di Kajang.Sebelum ini beliau beberapa kali menjalani rawatan di Pusat Perubatan Pantai.Ekoran kematian Allahyarham Dr Zainal,71 satu pilihanraya kecil kawasan parlimen Hulu Selangor pulu diadakan dalam tempoh 60 hari
Subscribe to:
Comments (Atom)